Friday, 27 May 2011

arak haram

Salam 1Malaysia,saya mewakili penduduk Kg.Baru Kota Belud menyampaikan rasa tidak puas hati kami degan tindakan indvidu yang menjual minuman keras di kawasan kampung sehingga menimbulkan banyak gangguan kepada penduduk setempat.
gangguan bunyi kenderaan yang sering lalu lalang tak kira siang atau malam yang btujuan lebih kepada membeli minum keras menganggu kententeraman penduduk sekitar yang sedang tidur.selain itu juga baru-baru ini berlaku insiden di mana orang luar yang sudah mabuk datang untuk membeli minuman keras hilang kawalan dan melanggar beberapa kenderaan penduduk sehingga mengalami kerosakan yang agak serius.keadaan jalan yang sempit juga sering kali menjadi masalah penduduk,di mana penguna jalanraya yang lain terpaksa menunggu kenderaan yang menghalang jalanraya semata-mata untuk membeli minuma keras kerana laluan hanya dapat dilalui dengan satu kenderaan sahaja.
Dimana pihak-pihak yang bertanggunjawab dalam menyelesaikan isu sepeti ini?sepengetahuan saya rumah yang dijadikan kedai untuk menjual minuman keras itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.sehubungan dengan itu saya berharap mana-mana pihak yang terlibat sila buat tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah dan ganguan yang di hadapi oleh penduduk Kg.Baru Kota belud.Jasa baik Tuan Puan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.